Servis Online Chat – Sokongan Emosi
Perlukan seseorang untuk mendengar?
Kadang-kadang kita cuma perlukan ruang untuk meluah perasaan tanpa dihakimi.
Servis Online Chat – Sokongan Emosi ini diwujudkan khas untuk bantu anda rasa lega, didengari dan difahami ❤️
Apa Itu Sokongan Emosi?
Sokongan emosi ialah sesi perbualan santai secara chat (mesej teks) di mana anda boleh:
-
Meluahkan rasa sedih, letih atau tekanan.
-
Berkongsi cerita yang terpendam.
-
Dapat teman bicara yang mendengar dengan empati dan penuh hormat.
-
Dapat kata-kata sokongan untuk bantu anda rasa sedikit tenang.
Penafian : Chat online ini bukan sesi kaunseling profesional, tetapi ruang sokongan emosi untuk bantu anda rasa lebih lega dan didengari.
Platform
Sesi dijalankan melalui Telegram.
Setiap 1 slot = 1 jam masa perbualan.
*pastikan anda sudah memuat turun aplikasi telegram sebelum slot bermula
Sesuai Untuk Siapa?
Sesi ini sesuai untuk:
✨ Individu yang perlukan tempat meluah perasaan.
✨ Mereka yang rasa sunyi dan perlukan teman bicara.
✨ Yang sedang melalui tekanan emosi ringan dan perlukan sokongan sementara.
✨ Atau sesiapa sahaja yang nak rasa lebih tenang melalui perbualan positif.
Cara Tempahan
1️⃣ Buat tempahan di bawah
2️⃣ Selepas tempahan, pastikan anda segera semak e-mel untuk pilih slot online chat mengikut masa yang sesuai.
3️⃣ Pastikan anda isi nombor telefon yang mempunyai akaun Telegram