KELAS PULIH KETAGIHAN PORNOGRAFI
Hijrah Jiwa: STOP adalah modul komprehensif yang dirangka khusus untuk membimbing individu keluar dari ketagihan pornografi secara bertahap, dengan pendekatan yang jelas dan panduan praktikal.
Modul ini telah berjaya membantu ramai klien di dalam sesi terapi ketagihan.
✅ Rasa bersalah setiap kali terjebak, tapi tak tahu cara untuk berhenti?
✅ Dah cuba hentikan, tapi tetap relapse dan kembali semula?
✅ Ketagihan ini mula memberi kesan kepada kehidupan dan hubungan?
Anda tidak keseorangan—dan anda boleh pulih.

Modul terapi Hijrah Jiwa: STOP dirangka khas untuk membantu anda keluar dari ketagihan dengan strategi yang terbukti berkesan.
Melalui 7 Ebook yang sistematik, modul ini membantu anda:
✅ Memahami mengapa anda perlu berhenti dan kesan sebenar pornografi
✅ Mengenalpasti corak & tahap ketagihan
✅ Memulakan langkah berhenti dengan strategi yang berkesan
✅ Mengurus relapse dan membina semula kehidupan tanpa kebergantungan pada pornografi
✅ Mengembangkan konsep ihsan dan kasih sayang terhadap diri dalam proses pemulihan
✅ Menyediakan panduan kepada ahli keluarga dan pasangan dalam memberi sokongan
✅ Memberikan bimbingan khusus kepada isteri yang terluka akibat ketagihan suami
Hijrah Jiwa : STOP adalah panduan praktikal yang boleh diikuti langkah demi langkah, ditulis oleh seorang kaunselor yang memahami perjuangan dan cabaran sebenar dalam proses pemulihan.
???? Dalam Bahagian 1 Modul STOP, anda akan belajar hakikat sebenar tentang pornografi – apa itu pornografi, mengapa ia sangat bahaya, bagaimana Islam melihatnya, dan mengapa pemulihan itu penting sebelum ketagihan semakin parah.
???? Dalam Bahagian 2 Modul STOP, anda akan didedahkan dengan langkah utama sebelum memulakan pemulihan, termasuk memahami bagaimana ketagihan bermula, mengakui masalah, mengenal pasti corak ketagihan, menilai tahap ketagihan, serta kesannya. Anda juga akan dibimbing untuk tidak berputus asa dan memahami mengapa anda perlu berhenti sekarang. Gunakan Bonus 1 untuk bertindak bersama dalam perjalanan ini.
???? Dalam Bahagian 3 Modul STOP, anda akan didedahkan dengan strategi dan langkah demi langkah untuk keluar dari ketagihan pornografi. Anda akan belajar bagaimana menetapkan matlamat pemulihan, mengenal pasti faktor pencetus (triggers), serta membangunkan strategi berkesan untuk mengurusnya. Gunakan Bonus 3 sebagai panduan tambahan dalam perjalanan pemulihan anda. The magic is in YOU! ????
???? Dalam Bahagian 4 Modul STOP, anda akan belajar tentang relapse – mengapa ia berlaku, bagaimana menyusun strategi untuk mencegahnya, dan cara membina resilience diri supaya frekuensi relapse semakin berkurang. Gunakan Bonus 4 & 5 untuk membantu anda mengukuhkan proses pemulihan dan mengelakkan kejatuhan berulang.
???? Dalam Bahagian 5 Modul STOP, anda akan belajar tentang Ihsan – komponen penting yang membantu anda kekal komited & konsisten dalam proses pemulihan. Anda akan memahami bagaimana bersikap ihsan kepada diri, mengurus rasa malu dan bersalah, serta kepentingan memaafkan. Dengan sikap ihsan, pemulihan menjadi lebih ringan dan bermakna.
???? Dalam Bahagian 6 Modul STOP, anda akan belajar bagaimana menjadi rakan sokongan yang berkesan bagi individu yang ingin pulih dari ketagihan. Anda akan memahami peranan sistem sokongan, cara memberi sokongan emosi, bersabar dengan proses pemulihan, serta kaedah praktikal untuk membantu tanpa mengorbankan kesejahteraan diri. Ini modul khas untuk isteri, ibu bapa, guru, adik-beradik, atau sesiapa sahaja yang ingin membantu dengan penuh empati.
???? Dalam Bahagian 7 Modul STOP, anda akan belajar bagaimana menghadapi & menerima ujian ketagihan pasangan, memahami kesan emosi yang dialami, serta membimbing diri untuk mengurus fikiran negatif & menentukan langkah seterusnya. Bahagian ini direka khas untuk pasangan yang masih struggle untuk redha dan mencari jalan moving forward. Gunakan Bonus 6 untuk latihan praktikal dalam perjalanan pemulihan ini.
???? Bonus Eksklusif: 6 Worksheet Praktikal Untuk Membantu Anda Langkah Demi Langkah!
Jika anda sudah bersedia untuk hentikan ketagihan,
Hijrah Jiwa: STOP adalah panduan yang anda perlukan.
Mulakan perjalanan pemulihan anda hari ini!