Pendaftaran Akaun

Minimum 8 huruf

Pastikan bermula dengan kod dail negara. Contoh: 60123456789


Terma & Syarat

Terma & Syarat Program Affiliate

 1. Umum

Terma dan Syarat (“Affiliate Agreement“) ini mengawal Program Affiliate yang disediakan oleh Kamardankelambu.com (“Kamardankelambu.com“, atau “kami“). Terma dan Syarat ini mewakili keseluruhan perjanjian dan pemahaman antara Kamardankelambu.com dan individu atau entiti yang menyertai Program Affiliate (“Affiliate” atau “anda“).

Sila baca perjanjian ini dengan berhati-hati kerana ia merupakan perjanjian yang mengikat secara sah antara anda dan Kamardankelambu.com. Dengan mengemukakan permohonan anda dan menyertai Program Affiliate, anda bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan dalam Affiliate Agreement ini. Kamardankelambu.com boleh menamatkan akaun Affiliate anda pada bila-bila masa, dengan atau tanpa notis, jika melanggar Affiliate Agreement ini, atau percubaan yang berbahaya kepada Kamardankelambu.com, atau untuk menjalankan aktiviti Program Affiliate yang berbahaya kepada mana-mana pihak lain.

 2. Pengesanan Referral

Affiliate akan mendapat link unik jualan bagi setiap produk di akaun Affiliate masing-masing. Affiliate tidak diberi kebenaran untuk mengubah suai Referral Link atau cookies dengan apa acara sekalipun. Kamardankelambu.com tidak bertanggungjawab bagi sebarang kesalahan dalam pengesanan atau laporan yang mungkin disebabkan oleh pengubahsuaian pada Referral Link atau cookies.

3. Pembayaran

Satu-satu referral akan menjadi layak untuk pembayaram (“Eligible Referral“) pada hujung bulan jika semua kriteria tersebut dipenuhi:

  • Akaun Affiliate kekal aktif dan dan mempunyai rekod yang baik.
  • Akaun Affiliate tidak mempunyai bayaran yang perlu dipulangkan, pembayaran semula atau yang berkaitan.
  • Affiliate membuat minima dua (2) jualan bagi satu-satu produk. Ini bagi mengelak Affiliate menggunakan akaun Affiliate untuk membeli pada harga diskaun semata-mata.

Affiliate layak untuk menerima 1%0-40% komisen bagi setiap Eligible Referral yang aktif yang direkodkan di Akaun Affiliate.

Affiliate tidak layak untuk menerima komisen sekiranya pembeli meminta refund atas jualan yang telah dilakukan

Dalam mana-mana aktiviti yang didapati mencurigakan bagi Kamardankelambu.com, Kamardankelambu.com akan menangguhkan pembayaran sehingga 6 bulan kalendar bagi mengesahkan transaksi yang relevan. Kami berhak untuk mengira semula, membatalkan pengesahan atau membatalkan kelayakan pembayaran mana-mana Referral atau Affiliate jika berlakunya penipuan, penyalahgunaan atau apa-apa aktiviti yang salah disisi undang-undang.

4. Pengiklanan & Kreatif

Kamardankelambu.com dengan ini memberikan anda satu lesen yang tidak eksklusif, tidak boleh dipindahkan dan terhad utuk menggunakan logo Kamardankelambu.com bagi satu tujuan sahaja iaitu mempromosikan produk Kamardankelambu.com dalam konteks Program Affiliate. Lesen ini akan tamat tempoh apabila Affiliate membatalkan penyertaan daripada Program Affiliate ini.

Affiliate hanya boleh memaparkan pengiklanan yang mempunyai logo Kamardankelambu.com dengan cara yang baik. Affiliate tidak boleh menggunakan logo Kamardankelambu.com dengan cara yang pada pandangan Kamardankelambu.com, menunjukkan Kamardankelambu.com sebagai satu sisi yang negatif. Affiliate mestilah melakukan promosi secara beretika dan tidak akan sesekali melakukan aktiviti SPAM atau MENCURIGAKAN.

Affiliate akan bertanggungjawab sepenuhnya bagi aktiviti pemasarannya sendiri. Semua aktiviti pemasaran mestilah profesional dan memenuhi semua undang-undang berkaitan.

Kamardankelambu.com akan menyediakan sebahagian bahan marketing bagi tujuan penggunaan Affiliate. Affiliate mestilah mengekalkan logo Kamardankelambu.com ketika menggunakan bahan marketing tersebut.

Kamardankelambu.com boleh, tanpa notis awal, meminta Affiliate untuk membuang atau mengubah sebarang pengiklanan yang tidak bertepatan dengan syarat Kamardankelambu.com.

 5. Penamatan

Penamatan boleh dilakukan sama ada dari pihak Kamardankelambu.com atau pihak Affiliate pada BILA-BILA MASA, dengan memberikan atau tidak memberikan notis bertulis. Notis bertulis boleh diberi dalam bentuk emel.

Di samping itu, keahlian boleh ditamatkan dengan serta merta jika Affiliate melanggar terma dan syarat program ini.

Apabila keahlian ditamatkan, Affiliate akan kehilangan akses untuk ke Dashboard Affiliate.

 6. Pengubahsuaian

Kamardankelambu.com berhak mengubah mana-mana terma dan syarat ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara. Dalam keadaan sedemikian, Affiliate akan dimaklumkan melalui emel. Pengubahsuaian mungkin termasuk perubahan dalam prosedur pembayaran dan peraturan Program Affiliate Kamardankelambu.com.

Penyertaan anda selepas pemakluman notis perubahan terma dan syarat atau perjanjian baru dalam Program Affiliate Kamardankelambu.com menandakan persetujuan anda kepada perubahan tersebut.

Dengan menghantar butiran pendaftaran ini, saya akan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan laman web ini.

Saya sebagai bakal ejen affiliate, telah BERSETUJU untuk mematuhi segala syarat dan terma program affiliate di laman web ini.





Perlukan Bantuan?